Sunday, November 7, 2010

Majlis Meraikan Jemaah Haji Dari SMK Skudai 2010

Pada di Surau AsSyafie telah diadakan majlis meraikan 5 pasangan guru SMK Skudai yang akan menjadi tetamu Allah tahun ini. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib Yasin dan tahlil doa selamat serta sedekit tazkirah dr Us Hamezah, Solat isyak serta solat Hajat pohon dipermudahkan urusan jemaah haji dan mendapat haji mabrur.Majlis berakhir denga penyampaian sumbangan dan jamuan makan.
Tahniah kepada semua tetamu Allah dan terima kasih kepada yang menjayakannya terutama KEBIRU

Kursus Sembelihan 2010





Pada bertempat di Surau Assyafie telah diadakan kursus dan praktikal sembelihan untuk pelajar smk skudai.
Pengalaman yang berharga buat pelajar khususnya yang menjadi penyembelih pada hari tersebut.
Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada yang terlibat.

Ramadhan Bersama Saudara Seislamku

Alhamdulilah sekali lagi program menyantuni saudari seislamku sempena menyambut ramadhan dan hari Raya telah berjaya diadakan bersama Pn Subaidah Halled PK1 SMK Skudai, memangku Pengetua SMK SKudai.Majlis dimulakan dengan doa serta sedikit tazkirah dr Us Hamezah dan seterusnya amanat Pn Subaidah kepada semua 8 pelajar terlibat denegan prog bersama saudara seilamku. Majlis diakhii dengan penyerahan sumbngan ANG PAU hari raya . Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, September 2, 2010

Majlis Solat Hajat Perdana Untuk Calon PMR SPM STPM

Tarikh 2.Sep 10 di Masjid Jamik Bt 10 Skudai seramai 500 pelajar islam bersama ibubapa melaksanakan program solat hajat perdana.

Agihan Sumbangan Derma Pelajar Miskin dan Yatim






Alhamdulillah sekali lagi tahun ini khamis 2.09.10 majlis penyampaian sumbanagan derma pelajar miskin dan yatim dapat dilaksanakan. Bertempat di Bilik Mesyuarat Ibn Sima SMK Skudai. Seramai 70 pelajar bersama keluarga di raikan . Majlis disempurnakan oleh PK 1 PN Subaidah Haleed Pemangku Pengetua.

Prog Tadarrus al-Quran sepanjang Ramadhan

Alhamdullah sepanjang ramadhan pelajar SMK Skudai sesi pagi dan petang dapat melaksanakan program.
Tempat Surau assyafie SMK Skudai. Pelajar terlibat Ting 1 dan 2 Sesi Petang dan ting 4 dan 6 Rendah untuk sesi pagi.. Tadarrus dibimbing oleh semua ustaz dan ustazah sekolah.
Semoga berjalan lanvar dan mampu di habiskan sepanjang ramadhan.

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah 5 Minit Sepanjang Ramadhan

Alhamdulillah selepas solat zohor isnin hingga khamis di Surau As Syafie, pelajar sesi petang diberi kesempatan mendengar tazkirah 5 minit ramadhan yang disampaikan secara bergilir-gilir oleh ustaz dan ustazah sekolah.