Sunday, November 7, 2010

Majlis Sambutan Raya Aidil Fitri 1431/ 2010

Pada bertempat di Dewan aRRazi SMK Skudai majlis sambutan Hari Raya Idilfitri telah diadakan. Sederhan tapi meriah. Tahniah dan terima kasih kepada semua pehak yang menjayakannya

Majlis Meraikan Jemaah Haji Dari SMK Skudai 2010

Pada di Surau AsSyafie telah diadakan majlis meraikan 5 pasangan guru SMK Skudai yang akan menjadi tetamu Allah tahun ini. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib Yasin dan tahlil doa selamat serta sedekit tazkirah dr Us Hamezah, Solat isyak serta solat Hajat pohon dipermudahkan urusan jemaah haji dan mendapat haji mabrur.Majlis berakhir denga penyampaian sumbangan dan jamuan makan.
Tahniah kepada semua tetamu Allah dan terima kasih kepada yang menjayakannya terutama KEBIRU

Kursus Sembelihan 2010





Pada bertempat di Surau Assyafie telah diadakan kursus dan praktikal sembelihan untuk pelajar smk skudai.
Pengalaman yang berharga buat pelajar khususnya yang menjadi penyembelih pada hari tersebut.
Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada yang terlibat.

Ramadhan Bersama Saudara Seislamku

Alhamdulilah sekali lagi program menyantuni saudari seislamku sempena menyambut ramadhan dan hari Raya telah berjaya diadakan bersama Pn Subaidah Halled PK1 SMK Skudai, memangku Pengetua SMK SKudai.Majlis dimulakan dengan doa serta sedikit tazkirah dr Us Hamezah dan seterusnya amanat Pn Subaidah kepada semua 8 pelajar terlibat denegan prog bersama saudara seilamku. Majlis diakhii dengan penyerahan sumbngan ANG PAU hari raya . Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Thursday, September 2, 2010

Majlis Solat Hajat Perdana Untuk Calon PMR SPM STPM

Tarikh 2.Sep 10 di Masjid Jamik Bt 10 Skudai seramai 500 pelajar islam bersama ibubapa melaksanakan program solat hajat perdana.

Agihan Sumbangan Derma Pelajar Miskin dan Yatim






Alhamdulillah sekali lagi tahun ini khamis 2.09.10 majlis penyampaian sumbanagan derma pelajar miskin dan yatim dapat dilaksanakan. Bertempat di Bilik Mesyuarat Ibn Sima SMK Skudai. Seramai 70 pelajar bersama keluarga di raikan . Majlis disempurnakan oleh PK 1 PN Subaidah Haleed Pemangku Pengetua.

Prog Tadarrus al-Quran sepanjang Ramadhan

Alhamdullah sepanjang ramadhan pelajar SMK Skudai sesi pagi dan petang dapat melaksanakan program.
Tempat Surau assyafie SMK Skudai. Pelajar terlibat Ting 1 dan 2 Sesi Petang dan ting 4 dan 6 Rendah untuk sesi pagi.. Tadarrus dibimbing oleh semua ustaz dan ustazah sekolah.
Semoga berjalan lanvar dan mampu di habiskan sepanjang ramadhan.

Wednesday, August 18, 2010

Tazkirah 5 Minit Sepanjang Ramadhan

Alhamdulillah selepas solat zohor isnin hingga khamis di Surau As Syafie, pelajar sesi petang diberi kesempatan mendengar tazkirah 5 minit ramadhan yang disampaikan secara bergilir-gilir oleh ustaz dan ustazah sekolah.

Ceramah Persiapan Menyambut Ramadhan 1431

Program Ceramah Persiapan Ramadhan
Tarih 6 Ogos 10 Jumaat 6.00- 6.45pm Dataran Ilmu SMK Skudai
Alhamdulillah pelajar sesi petang SMK Skudai sempat mendengar ceramah persiapan menghadapi Ramadhan yang disampaikan oleh Ustazah Rasnahwati Binti Armin.

Wednesday, August 4, 2010

Solat Hajat Bulan Julai PMR dan SPM

Pada 30 Julai 2010 Jumaat 7.20- 8.00 pg, bertempat di Surau AsSyafie SMK Skudai semua pelajar ting 3 dan 5 telah berjaya melaksanakan program solat hajat peringkat dalaman. Program bermula dengan tazkirah pagi jumaat dan dikuti dengan solat dan doa hajat.

Prog Solat Duha PMR

23 Julai 2010 Jumaat 7.20-8.00 pg seramai 224 pelajar ting 3 SMK Skudai, berkumpul dan selesai mengikuti program Solat Duha PMR 2010. Program dimulakan dengan Tazkirah Duha oleh Us Hamezah dan dikuti dengan solat Duha dan Doa Solat Duha.

Sunday, July 25, 2010

IFTAR JAMAEE Bulan Syabaan 1431










Pada 15 Julai 2010 Bersamaan 3 Syaaban 1431(Khamis mlm Jumaat) 65 pelajar bersama 15 guru SMK Skudai, bersama2 berpuasa sempena Bulan syaaban dan berkebetulan dengan puasa sunat khamis sama beriftar secara jamaee di sekolah. Pengisian Program
i)Tazkirah pengajaran dari surah alMulk Us Hamezah, ii)Iftar Syaaban ,iii)Solat Maghrib ,Solat Hajat, iv)Kuliah Maghrib us Zakaria dan majlis berakhir dengan solat Isyak berjamaah. Moga semua peserta meneruskan ibadat puasa sunat sebagai persiapan (warm up) menjelang Ramadhan..

Saturday, July 24, 2010

Anugerah Marjan Sempena Kem Solat 2010






Pada 9 Julai 2010 (Jumaat)
Alhamdulilah seramai 5 pelajat SMK Skudai telah berjaya menerima anugerah Marjan Sempena Penutupan Kem Solat 2010.
Penerima anugerah menerima hadiah yang disediakan dan telah disampaikan oleh PK Petang En Tukiman Sarmin.Tahniah ...

Program Penghayatan Israk Mikraj






Pada 9 Julai 2010 Jumaat 5.45-6.45ptg
Tempat Dataran Ilmu SMK Skudai.
Ceramah Penghayatan Israk Mikraj oleh Us Hamezah Husin.
Alhamdulillah seramai 400 pelajar Islam bersama guru-guru Sesi Petang SMK Skudai berkesempatan mendengar ceramah penghayatan Israk Mikraj.

Thursday, July 22, 2010

ProgramBersama Saudara Seislamku





Pada 3 Julai 2010 Sabtu
Tempat Surau Assyafie
Perjumpaan Mentor Dan Mentee serta Kakak Idolaku telah diadakan.
Seramai 7 guru agama sebagai mentor dan 2 guru sebagai Kakak Idolaku terlibat bersama 8 pelajar dikatogeri sebagai Mualaf berkumpul di surau sekolah

Saturday, June 5, 2010

USRAH PIMPINAN PELAJAR SMK SKUDAI 2010

Tarikh : 5/6/2010 SABTU
Masa : 8.30 am - 11.30am
Tempat Surau Assyafie SMK Skudai
Guru Penasihat : Us Hamezah, Us Zakaria, Pn Rokiah, Pn Aminah, Pn Rasnahwati dan Pn Fazilah
Pelajar 35 orang.
Aktiviti :
Ucaputama Us Hamezah Husin.
Bacaan Mathurat
Tazkirah Usrah
Kudapan Makan Burger
Perbincangan Kumpulan
Pembentangan Hasil Perbincangan

Friday, June 4, 2010

UNTUKMU PALESTIN- dari warga Skudai

Jumaat 4/6/10 dan khamis 3/6/10 bertempat di Dataran Ilmu SMK Skudai, sekali lagi pelajar dan guru-duru SMK Skudai berhimpun utk sama2 merasai keperitan derita yang ditanggung rakyat Palestin.
Disamping mendengar Tazkirah, kami pelajar Sekolah bersolat Hajat sama-sama beserta Bacaan Qunut Nazilah moga di beri ketabahan kepada para mujahidin serta bantuan allah swt untuk mereka semua termasuk kumpulan sukarelawan kemanusiaan yang membawa bantuan LL4G

Selepas solat pelajar sama-sama menyumbang derma jihad untuk Palestin.
Derma dikutip dan Azizul2EK3 mewakili pelajar menyerahkan sumbangan kepada Pengetua. Dan Pengetua menyerahkan kepada wakil JIM Johor Pn Wan Fatimah untuk diserahkan kepada urusetia tabung palestin anjuran Aqsa Quds.

Sesuatu yang anaih t berlaku pada hari tersebut.. Petir dan hujan yang agak lebat sejam sebelum persiapan majlis. Dengan keberkatan ayat Lawanzalna hazalquran ala jabalin... al ayat... telah dibaca ustaz dan dengan penuh pengharapan batuan Allah,, dengan niat yang kudus untuk sama bermunajad pada alalah... Hujan dan petir berhenti.
Pada awalnya dataran ilmu dibasahi air hujan... Dengan izin allah mentari menyinari selamat 30 minit dan dataran itupun kering....Urusetia terus membat persiapan... alhamdullah majlis lancar...

Bila je majlis tamat dan peserta beredar dari majlis tersebut.... hujan turun kembali..

Oh Allah besarnya nikmat dan restu mu..

Terima kasih kepada yang telah menjayakan majlis.

Uh Hamezah

Thursday, June 3, 2010

Ungu - Andai Ku Tahu

Prog Tazkirah Tazkiatun Nafsi Menyambut Kedatangan Rejab 1431H





Khamis 3 Jun 2010 Jam 5.30pm-6.45pm.Tempat:Dataran Ilmu SMK Skudai.
Alhamdulillah. 400 pelajar sesi petang bersama Pengetua, PK Petang,PK Pra U, GKMP Sains Sosial, serta beberapa guru SMK Skudai bertuah kerana berkesempatan mendengar tazkirah yang berguna sempena menyambut kedatangan REJAB al Mubarak.
Tazkirah disampaikan oleh Tokoh Guru Aktif PPD J.Bahru Us Mohd Rifqi Mydin.
Program lancar dan mencapai hasrat dan objektif.
Ditegaskan sendiri Penceramah Us Mohd Rifqi Mydin.
Semoga Us Mohd Rifqi berkesempatan lagi datang ke sekolah kami.
itu harapan pelajar SMK Skudai

Friday, May 21, 2010

Khidmat Pengakap 2010

Tarikh : 10 April 2010
Jam 8.00- 10.00am
Program : Khidmat Pengakap
Seramai 15 ahli pengakap SMK Skudai telah melaksanakan Program Khidmat Pengakap membersih dan menceriakan Surau Assyafie SMK Skudai.
Terima Kasih sumbangan yang diberikan. Moga Allah Bersihkan Hati Semua Ahli Pengakap yang terlibat.AMEEN

Monday, May 17, 2010

Kem Kesempurnaan Solat 2010






30 April 2010. Majlis perasmian Kem Solat Ting 1 dan 2 diadakan . 43 peserta telah menyertainya. Perasmian pembukaan oleh Pn Pengetua Pn Hjh Rahmah Muhammad dan prasmian penutupan oleh Pn Maznah ASalam GKMP.
Terima kasih kepada semua yang terlibat.
SURAU AKTIF PELAJAR POSITIF

Gotong Royong 2010 Surau Assyafie






Sabtu 15 Mei 2010 Gotong Royong Perdana SMK Skudai.
Surau Assyafie juga ambil bahagian.Terima kasih buat semua pelajar dan guru yang terlibat. SURAU AKTIF PELAJAR POSITIF