Sunday, July 25, 2010

IFTAR JAMAEE Bulan Syabaan 1431










Pada 15 Julai 2010 Bersamaan 3 Syaaban 1431(Khamis mlm Jumaat) 65 pelajar bersama 15 guru SMK Skudai, bersama2 berpuasa sempena Bulan syaaban dan berkebetulan dengan puasa sunat khamis sama beriftar secara jamaee di sekolah. Pengisian Program
i)Tazkirah pengajaran dari surah alMulk Us Hamezah, ii)Iftar Syaaban ,iii)Solat Maghrib ,Solat Hajat, iv)Kuliah Maghrib us Zakaria dan majlis berakhir dengan solat Isyak berjamaah. Moga semua peserta meneruskan ibadat puasa sunat sebagai persiapan (warm up) menjelang Ramadhan..

Saturday, July 24, 2010

Anugerah Marjan Sempena Kem Solat 2010






Pada 9 Julai 2010 (Jumaat)
Alhamdulilah seramai 5 pelajat SMK Skudai telah berjaya menerima anugerah Marjan Sempena Penutupan Kem Solat 2010.
Penerima anugerah menerima hadiah yang disediakan dan telah disampaikan oleh PK Petang En Tukiman Sarmin.Tahniah ...

Program Penghayatan Israk Mikraj






Pada 9 Julai 2010 Jumaat 5.45-6.45ptg
Tempat Dataran Ilmu SMK Skudai.
Ceramah Penghayatan Israk Mikraj oleh Us Hamezah Husin.
Alhamdulillah seramai 400 pelajar Islam bersama guru-guru Sesi Petang SMK Skudai berkesempatan mendengar ceramah penghayatan Israk Mikraj.

Thursday, July 22, 2010

ProgramBersama Saudara Seislamku





Pada 3 Julai 2010 Sabtu
Tempat Surau Assyafie
Perjumpaan Mentor Dan Mentee serta Kakak Idolaku telah diadakan.
Seramai 7 guru agama sebagai mentor dan 2 guru sebagai Kakak Idolaku terlibat bersama 8 pelajar dikatogeri sebagai Mualaf berkumpul di surau sekolah